Ini Pandangan WHO Terhadap Polisi ‘Sifar Covid’ China

210

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan terhadap langkah China untuk memerangi wabak coronavirus dengan polisi sifar Covid-19.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan dalam taklimatnya bahawa mereka tidak menganggap dasar yang dilaksanakan China adalah mampan berikutan tingkah laku virus itu.

Beliau juga memberitahu mereka sudah berbincang mengenai isu ini dengan pakar China dan menyatakan pendekatan itu tidak mampan dan berpendapat bahawa perubahan adalah sangat penting.

Mike Ryan, pengarah eksekutif WHO pula menambah bahawa kesan daripada polisi sifar Covid terhadap hak asasi manusia perlu diambil kira selain impak ekonominya.

China telah mencatatkan 15,000 kematian sejak virus itu pertama kali muncul di bandar Wuhan pada akhir 2019, jumlah yang agak rendah berbanding 1 juta di Amerika Syarikat dan lebih 500,000 di India.

Dengan itu, dapat difahami bahawa sebagai salah satu negara paling ramai penduduk di dunia, China ingin mengambil langkah tegas untuk mengekang penularan coronavirus.

Bagaimanapun, Mike Ryan beranggapan wabak yang berterusan telah menimbulkan kesukaran untuk menghentikan penyebaran varian Omicron yang sangat mudah merebak.

Bandar-bandar utama China, termasuk Shanghai dan Beijing telah berada di bawah beberapa penutupan sejak awal tahun ini yang telah mencetuskan pelbagai kritikan.

Namun, Presiden Xi Jinping tetap pendiriannya untuk meneruskan polisi tersebut dan memberi amaran terhadap sebarang kritikan atau keraguan terhadap dasar tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat