Ini Paras Tertinggi AUD/USD Pernah Capai Sejak Mac 2018

278

Mata wang komoditi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand dijangka akan terus didagangkan baik sehingga penghujung minggu ini selepas sentimen pasaran disokong dengan berita kemenangan Demokrat pada pilihan raya Georgia yang akan menjangkakan pelaksanaan lebih besar rangsangan ekonomi di Amerika Syarikat (AS).

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD juga telahpun mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Mac 2018 dengan kenaikan yang dicapai semalam pada ketinggian 1.78200.

Walaupun dolar Aussie turut terkesan dengan data ekonomi yang kurang memberangsangkan selain risiko ketegangan antara AS dan China, namun pelabur kekal optimis dengan penyusutan US dolar yang berterusan akan memberi ruang untuk mata wang utama yang lain termasuk dolar Aussie untuk mengukuh.

Kenaikan harga pada carta AUD/USD berkemungkinan disasarkan sehingga ke paras 0.8000 untuk harga menguji zon rintangan utama yang kali terakhir diuji adalah pada Februari 2018.

Namun pelabur perlu kekal berhati-hati jika harga kembali membuat penurunan sekiranya sentimen pasaran bertukar berisiko semula.

Penurunan awal harga akan menguji zon RBS (resistance become support) 0.77600-0.77300 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sebelum memberi isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan lebih rendah bakal menuju semula ke zon RBS 0.76500 sebelum ke paras 0.75700 lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat