Ini Perkembangan Semasa Komoditi Emas & Minyak Mentah

915

Dagangan emas sedikit susut pada sesi Asia pagi Rabu selepas kenaikan setakat sesi New York semalam telah mencapai paras ketinggian pada $1,745.00.

Trend kenaikan harga emas masih diteruskan sejak minggu lalu namun, harga sedikit susut selepas mencapai paras rintangan yang diuji beberapa minggu.

Peningkatan nilai emas dipengaruhi oleh penyusutan US dolar ke paras terendah 2 minggu ekoran penurunan pada hasil perbendaharaan AS sehingga ke paras 1.63%.

Sementara harga minyak mentah mencatatkan peningkatan pada Rabu dengan prospek pertumbuhan global yang positif dan juga laporan penurunan inventori minyak Amerika Syarikat, sebagai pengguna terbesar minyak di dunia.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi global dengan jangkaan peningkatan pengeluaran meningkat 6% untuk tahun ini.

Namun, optimisme terhadap rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dan jangkaan peningkatan semula bekalan minyak oleh para negara pengeluar akan membantutkan kenaikan harga minyak semasa.

Minyak mentah yang menjadi eksport utama Kanada telah mendoring dolar Kanada bergerak susut sejak Selasa ekoran terkesan oleh pasaran minyak mentah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat