Ini Perkembangan Semasa Pasaran Menjelang Data NFP!

725

Tumpuan terarah kepada terbitan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) di sesi New York malam tadi yang mengira pertambahan pekerjaan sektor swasta untuk bulan November.

Angka yang dicatatkan adalah lebih rendah berbanding jangkaan dan juga bulan sebelumnya dan ini memberi isyarat awal yang negatif untuk laporan NFP pada Jumaat.

Namun begitu, US dolar dilihat masih berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya dengan meneruskan pengukuhan sehingga semalam.

Indeks dolar (DXY) catat peningkatan untuk hari ketiga berturut-turut mencapai paras ketinggian sekitar 104.20 mata.

Sementara hasil perbendaharaan 10 tahun AS yang merosot lebih parah hingga sekitar 4.11% dilihat memberi tekanan kepada US dolar.

Pelabur akan tambah berhati-hati menjelang laporan pekerjaan NFP pada penghujung minggu sementara tumpuan pada sesi New York malam ini adalah kepada data tuntutan faedah pengangguran AS.

Turut menjadi tumpuan semalam adalah keputusan mesyuarat bank pusat Kanada (BOC) yang menepati ramalan apabila kadar faedah dikekalkan di paras 5.00%.

BOC dijangka untuk tidak menaikkan kadar faedah lagi dan mata wang Loonie dilihat tidak menunjukkan reaksi ketara selepas mesyuarat tersebut.

Dolar Australia alami lonjakan di awal sesi Asia semalam, namun kembali susut semula sehingga ke penutup sesi New York.

Data pertumbuhan ekonomi Australia yang diterbitkan semalam menunjukkan penguncupan pada suku ketiga yang dilihat akan menambahkan tekanan buat dolar Aussie setelah bank pusat mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat Selasa lalu.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah semakin merudum ke paras terendah sejak Jun didorong oleh berita pengeluaran minyak mentah di AS yang mencecah rekod tertinggi ketika OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran.

Harga minyak WTI AS terjun sekitar paras $69.30 setong manakala minyak Brent UK pula jatuh mencecah $74.20 setong sehingga setakat pagi ini.

Sementara itu, dagangan emas kekal suram dengan pergerakan harga dilaporkan mendatar di sekitar zon $2,030 sejak Selasa lalu bersambung sehingga semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat