Ini Perkembangan Semasa Rundingan Dagang AS-China Yang Anda Perlu Tahu

514

Perkembangan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China terus menjadi tumpuan pasaran walaupun proses rundingan dilihat agak perlahan. Reuters melaporkan pada Rabu bahawa Amerika Syarikat dan China masih meneruskan rundingan dan langkah luar jangkaan diambil melibatkan isu perpindahan teknologi.

Wakil rundingan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin tiba di Beijing pada Khamis untuk sesi rundingan baru bersama pegawai China dengan harapan untuk menamatkan isu perang dagang yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Pertemuan yang diadakan dan akan diikuti oleh sesi rundingan seterusnya di Washington pada minggu hadapan, adalah merupakan pertemuan berhadapan yang pertama oleh kedua-dua pihak yang dirancang dalam beberapa minggu ini dengan matlamat untuk sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping menandatangani perjanjian pada penghujung Mac.

Menurut salah seorang pegawai terlibat mengatakan, China telah menyediakan cadangan perjanjian yang melangkaui kandungan sebelum ini dengan harapan perjanjian bersama Amerika Syarikat dapat dicapai dengan menitikberatkan perubahan struktur pada ekonomi China.

Washington mahukan Beijing memperjelaskan isu pencabulan ke atas harta intelektual Amerika Syarikat dan pemindahan teknologi Amerika kepada syarikat-syarikat teknologi China. Mereka juga mahukan akses yang lebih baik untuk syarikat Amerika dalam pasaran China dan pengurangan dalam subsidi perindustrian China.

Rundingan akan berterusan selagi perkembangan berjalan lancar dengan penerimaan baik oleh kedua-dua pihak. Reuters juga melaporkan sebelum ini kedua-dua belah pihak sedang mengusahakan perjanjian bertulis melibatkan isu perpindahan teknologi, kecurian siber, hak harta intelektual, perkhidmatan, matawang, pertanian dan halangan bukan-tarif untuk perdagangan.

Isu tarif turut akan diperbahaskan. Presiden Trump sebelum ini mengatakan tarif terhadap barangan China akan turus dikekalkan untuk tempoh masa tertentu untuk memastikan pematuhan. Pegawai Amerika Syarikat juga menyatakan, tarif boleh dikurangkan, namun mereka tidak boleh menghentikan kesemua tarif yang dikenakan kerana akan mendatangkan masalah baru.

Terus ikuti perkembangan semasa rundingan dagang antara dua ekonomi gergasi dunia ini. Sebarang perkembangan kritikal akan mempengaruhi sentimen dalam pasaran semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat