Ini Perkembangan Terkini Covid-19 Di Amerika Syarikat Sejak Mac 2020!

1,255

Wabak Covid-19 telah merebak begitu cepat di Amerika Syarikat pada hari Rabu ini terutamanya di kawasan New York, California dan Washington sebagai kawasan berbahaya dan Louisiana dan Iowa sebagai kawasan bencana.

Pada hari ini Trump telah mengeluarkan perisytiharan bantuan dengan mengumumkan dana persekutuan bagi mengurangkan impak Covid-19 terhadap seluruh negeri.

Setakat hari Selasa, di Lousiana telah mencatat sebanyak 1,388 kes yang disahkan positif dan 46 kematian berdasarkan Jabatan Kesihatan Louisiana. Manakala di Iowa sebanyak 124 kes positif yang telah disahkan dengan 1 kematian. Setakat ini, di Amerika Syarikat sahaja telah mencatat 53,000 kes positif dan seramai 720 orang telah meninggal dunia akibat pandemik tersebut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran bahawa Amerika Syarikat boleh menjadi pusat global pandemik sepertimana yang pernah berlaku di Wuhan China.

Pada ketika ini 18 negeri telah mengeluarkan arahan agar rakyat Amerika berada di rumah dan kebanyakkan sektor ekonomi telah diarahkan tutup. Perintah tersebut adalah bertujuan untuk memperlahankan penularan wabak tersebut daripada terus merebak.

Penutupan sebilangan sektor ekonomi telah memberi kejutan kepada pasaran global. Walaubagaimanapun dengan pengumuman hari ini, pasaran boleh menarik nafas lega sedikit. White House dan para pemimpin Senat akhirnya mencapai kesepakatan terhadap rang undang-undang mengenai pakej rangsangan yang bernilai $ 2 trilion untuk melindungi ekonomi yang terkesan akibat coronavirus.

Ia dijangka akan menyertakan pembiayaan bernilai $ 500 bilion untuk membantu industri yang terjejas teruk dan bayaran langsung sehingga $ 3,000 kepada berjuta-juta keluarga di Amerika Syarikat.

Selain itu, ia juga termasuk kemudahan bernilai $ 350 bilion untuk pinjaman perniagaan kecil, $ 250 bilion untuk bantuan tambahan pengangguran, serta $ 75 bilion kepada hospital.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan menyusut sebanyak 0.40% pada kepada paras 101.825 setakat jam 10.10 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat