Ini Perkembangan Terkini Perdagangan AS-China Selepas Mencapai Persetujuan!

292

Pada hari cuti Krismas 25 Disember, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengulas mengenai perkembangan hubungan perdagangan A.S dengan China. Berdasarkan kenyataan dikeluarkan beliau dan Presiden China akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian perdagangan A.S-China fasa satu yang telah dipersetujui pada bulan ini atau seawal bulan hadapan.

Kata Trump kepada wartawan, “Kami akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian dan kami akan mempercepatkannya agar ia dapat diselesaikan.

Menurut wakil perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer bahawa wakil dari kedua-dua negara akan menandatangani perjanjian perjanjian perdagangan Fasa 1 pada minggu pertama bulan Januari.

Pada 25 haribulan semalam, jurucakap Menteri Luar China, Geng Shuang telah mengulas bahawa pada ketika ini kedua belah pihak sedang berhubung dalam membincangkan pengaturan terperinci mengenai penandatangan perjanjian dan kerja susulan. Susulan hari berikutnya iaitu pada hari ini, jurucakap menteri perdagangan China, Gao Feng menambah dengan memberi penekanan bahawa China sedang berhubung rapat dengan A.S dalam
menandatangani perjanjian perdagangan Fasa 1 dan kedua-dua pihak sedang menjalani prosedur yang diperlukan sebelum penandatanganan.

Walaubagaimanapun, Beijing masih belum mengesahkan rincian kompenen dalam perjanjian yang dikeluarkan oleh A.S namun Kementerian Perdagangan China berkata minggu lepas butiran akan dikeluarkan selepas penandatanganan rasmi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat