Ini Punca USD/CAD Tewas Menjelang Hujung Minggu

296

Kelemahan greenback memberi peluang buat dolar Kanada melonjak ke lebih tinggi menjelang pengeluaran data pekerjaan Kanada yang akan memberi petunjuk mengenai prospek terhadap dasar bank pusat.

Pada sesi Asia, dolar loonie didagangkan kukuh di paras ketinggian 3 setengah tahun selepas melonjak 1%, ke sekitar harga 1.21600 berbanding US dolar.

Indeks dolar terus didagangkan lemah berbanding kebanyakan matawang utama selepas Federal Reserve (Fed) terus menegaskan akan kekal dengan pelonggaran dasar semasanya walaupun inflasi meningkat.

Berbeza dengan kenyataan Bank Pusat Kanada (BOC) yang telah mula mengetatkan dasar dengan mengurangkan pembelian bon kerajaan mingguannya berikutan prospek terhadap pertumbuhan ekonomi yang lebih kuat.

Sementara itu, lonjakan harga komoditi juga membantu mendorong pengukuhan dolar loonie, terutamanya aluminium yang melonjak ke tahap paling tinggi 3 tahun dan emas ke paras tertinggi 3 bulan.

Penerbitan data pekerjaan Kanada dan Amerika Syarikat pada malam ini menjadi tumpuan utama pasaran. Tidak seperti AS, Kanada dijangka akan mencatatkan penurunan dalam laporan pekerjaan pada April disebabkan langkah penutupan yang dilaksanakan untuk membendung penularan Covid-19.

Dolar Kanada mempunyai peluang untuk meningkat sekiranya bacaan sebenar dapat mengalahkan jangkaan pasaran, dan sekiranya pekerjaan menurun, ia mungkin tidak terlalu rendah daripada unjuran untuk penurunan sebanyak 175,000.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat