Ini Punca USD Makin Parah!

678

Dolar greenback terus lemah berbanding kebanyakan matawang utama di tengah-tengah jangkaan bahawa Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell akan terus kekal dengan pelonggaran dasar monetari semasa pada mesyuarat polisi minggu ini.

Setelah menyaksikan pertumbuhan yang kuat dalam data-data ekonomi yang dicatatkan minggu lalu, pelabur kini tertanya-tanya apakah pasaran pekerjaan dan vaksinasi yang meningkat akan memerlukan pengetatan dasar monetari oleh Fed.

Bagaimanapun, Powell dijangka akan terus mengulangi komitmen bank pusat untuk terus kekal dengan dasar monetari semasa dan mengatakan perbincangan mengenainya masih terlalu awal.

Pada hari Jumaat, pasaran telah diperlihatkan dengan bacaan PMI pembuatan dan perkhidmatan AS yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada bulan April. US dolar pada mulanya menyambut baik bacaan ini, sebelum kembali susut lebih rendah ketika sesi New York.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama menjunam lebih rendah dan diniagakan di sekitar 90.70.

Kelemahan US dolar telah mendorong matawang euro untuk melonjak ke paras tertinggi dua bulan, selain turut disokong oleh bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang lebih kuat pada bulan April.

Penerbitan data sentimen perniagaan Jerman yang diramalkan positif pada hari ini, dijangka akan meningkatkan lagi harapan pasaran untuk prospek ekonomi Eropah yang lebih cerah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat