Ripple Labs nekad untuk menjadi syarikat yang diperdagangkan secara terbuka sebaik sahaja selesai tuntutan mahkamah terhadap Securities and Exchange (SEC) kelak.
Dakwaan itu disahkan secara rasmi oleh CEOnya, Brad Garlinghouse dalam Consensus 2021 yang diadakan semalam.
Sebenarnya, sejak awal 2020 lagi pihak Ripple telah merancang untuk diperdagangkan secara terbuka. Bagaimanapun, tuduhan SEC menyebabkan usaha mereka tergendala, terpaksa ditangguhkan sehingga waktu yang bersesuaian.
Setakat 21 Mei, Ripple telah meraih beberapa kemenangan kecil dengan perintah mahkamah meminta SEC untuk menyediakan dokumen dalam berkaitan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH). Malah, SEC dilarang sama sekali mengakses data kewangan peribadi pegawai eksekutif Ripple.
Garlinghouse juga ada menyatakan kelebihan XRP berbanding ETH dan BTC dalam temubual bersama media CNBC.
Selain menawarkan transaksi yang murah dan lebih laju, perlombongan XRP tidak mencemarkan alam sekitar dengan penggunaan tenaga yang banyak seperti BTC.
Malah, pengaplikasian algoritma konsensus menyebabkan penerbitan XRP menjadi terhad. Berbeza dengan bitcoin yang memiliki bekalan maksimum sebanyak 21 juta koin tetapi tidak semuanya dilombong. Manakala Ethereum pula tidak memiliki had bekalan.
Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.99, susut hampir 4% dalam 24 jam. Koin ini kini berada di kedudukan ke-6, di antara Cardano (ADA) dan Dogecoin (DOGE).