Ini Rangkuman Mesyuarat Polisi RBA Untuk Anda Yang Trade AUD

512

Reserve Bank of Australia (RBA) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada tahap terendah 0.25% di mesyuarat polisi bank pusat bagi sesi Ogos.

Keputusan ini sememangnya sudah dijangkakan oleh pasaran memandangkan sebelum ini bank pusat itu pernah menyatakan bahawa mereka tidak akan mengubahnya sehingga terdapat kemajuan ke arah pekerjaan penuh dan sasaran inflasi 2-3%.

Melalui kenyataan susulan daripada keputusan tersebut, Gabenor Philip Lowe mengatakan ekonomi Australia sedang melalui masa yang sukar, namun, kemerosotan yang dialami tidak begitu teruk seperti dijangkakan sebelum ini dan pemulihan sedang dilakukan di sebahagian besar Australia.

Bagaimanapun, pemulihan ini mungkin tidak menentu berikutan penularan wabak coronavirus yang masih berlaku di Victoria yang telah memberi kesan besar terhadap ekonomi negara.

Senario asas bank pusat menjangkakan ekonomi Australia menguncup 6% pada tahun ini sebelum tumbuh 5% pada tahun 2021.

Dalam senario ini, kadar pengangguran diunjur meningkat kepada sekitar 10% pada tahun ini berikutan kehilangan pekerjaan di Victoria dan di seluruh negara. Bagi beberapa tahun berikutnya, angka pengangguran dijangka menurun secara bertahap menjadi sekitar 7%.

Namun begitu, RBA optimis bahawa ekonomi akan menikmati pemulihan yang lebih kuat sekiranya terdapat kemajuan dalam usaha mengendalikan wabak Covid-19 dalam masa terdekat.

Sementara itu, Lowe juga mendedahkan bahawa bank akan membeli bon kerajaan, di mana hasil perbendaharaan 3 tahun dikekalkan sehingga kemajuan ke arah sasaran inflasi dan pekerjaan penuh dicapai.

Susulan keputusan daripada RBA, dolar Aussie tidak berubah dengan diperdagangkan di sekitar paras harga $ 0.712 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat