Ini Reaksi Pasaran Selepas PM UK Liz Truss Letak Jawatan!

307

US dolar didagangkan bercampur pada dagangan Rabu semalam dengan penyusutan yang dipaparkan pada sesi Eropah sebelum kembali menutup dagangan penghujung sesi New York dengan pengukuhan semula.

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang baik masih memberi sokongan terhadap pengukuhan raja mata wang itu di samping tumpuan yang terarah kepada kenyataan-kenyataan yang disampaikan oleh presiden-presiden Federal Reserve (Fed) bernada hawkish untuk isyarat meneruskan pengetatan dasar pada baki mesyuarat sehingga penghujung tahun ini.

Data tuntutan faedah pengangguran AS yang diterbitkan pada sesi New York semalam menunjukkan bacaan angka yang menurun, memberi petunjuk positif untuk perkembangan semasa ekonomi AS.

Namun, pelabur kekal waspada terhadap risiko perubahan sentimen pasaran semasa berikutan terbitan laporan pendapatan korporat yang akan terusn menjadi tumpuan pasaran sehingga ke minggu hadapan.

Menjadi isu tumpuan yang mengundang kebimbangan pasaran pada sesi New York semalam adalah berita berkenaan peletakan jawatan oleh Perdana Menteri UK, Liz Truss yang hanya berkhidmat dalam tempoh lebih sebulan sahaja merekodkan rekod terpendek perkhidmatan dalam sejarah Britain.

Keputusan tersebut diambil setelah kegagalan beliau dalam mengawal kestabilan sistem kewangan yang menimbulkan kecelaruan di UK selain berita pemecatan Menteri Kewangan Kwasi Kwarteng baru-baru ini.

Namun, Pound dilihat melonjak ketika berita pengunduran PM Liz Truss itu yang berkemungkinan dilihat akan meredakan ketidaktentuan dalam sistem politik kewangan UK.

Bekas Menteri Kewangan dan juga calon pesaing Liz Truss iaitu Rishi Sunak dilihat menjadi calon pilihan untuk menggantikan jawatan Perdana Menteri yang baru.

Sementara itu, pelabur kekal berjaga-jaga terhadap risiko penyusutan US dolar dengan jangkaan tindakan campur tangan Jepun dalam pasaran yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja seperti yang telah dilaksanakan pada September lalu ekoran penyusutan Yen Jepun berbanding US dolar ke paras terendah 32 tahun melepasi paras harga ¥150.00.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat