Ini Sebab AUD/USD Gagal Teruskan Kenaikan Lebih Tinggi

595

Gagal capai kenaikan sehingga ke paras 0.7000, harga pada carta pasangan matawang AUD/USD kembali menjunam semula menutup dagangan pada sesi New York ke paras lebih rendah.

Sentimen pasaran masih lagi bercampur-campur dengan kebimbangan masih tertumpu pada kes jangkitan Coronavirus yang semakin menunjukkan peningkatan khususnya penularan di Amerika Syarikat (AS).

Dolar Australia pamer penurunan didorong kebimbangan pelabur dalam pasaran yang tidak menentu.

Di samping itu juga, data ekonomi China yang diterbitkan kurang memberangsangkan pada sesi Asia pagi ini turut memberi tekanan terhadap matawang dolar Aussie.

Namun begitu, Timbalan Presiden China, Li Keqiang menyatakan bahawa ekonomi China menunjukkan kadar pemulihan yang baik.

Faktor-faktor sebegini akan kembali memberi keyakinan terhadap pelabur dalam pasaran di samping perkembangan terhadap usaha penghasilan vaksin Coronavirus oleh kerjasama syarikat BioNTech Jerman dan firma farmasi AS, Pfizer terus diberi tumpuan.

Pada carta AUD/USD, harga telah kembali membuat penurunan sekitar 55 pips melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di sesi New York.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak mendatar di zon RBS (resistance become support) dengan paras sekitar 0.69300 diuji.

Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah, zon RBS seterusnya akan menjadi tumpuan sektiar paras 0.68800.

Namun jika sentimen pasaran kembali positif dan menyokong semula dagangan Aussie, harga berkemungkinan kembali membuat kenaikan semula menuju paras resistance 0.70000 semula.

Paras resistance tersebut masih gagal ditembusi selepas harga membuat kenaikan menyentuh paras tersebut minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat