Ini Sebab EUR/USD Melonjak 130 Pips Pada Awal Minggu!

1,272

Sentimen pasaran positif pada awal minggu telah mendorong penyusutan ketara bagi dagangan US dolar sebagai matawang safe-haven dalam pasaran.

Ini adalah disebabkan oleh laporan ujian awal penciptaan vaksin bagi merawat virus Covid-19 dengan keputusan yang positif terhadap 45 peserta. Walau bagaimanapun, keputusan lengkap ujian masih belum didedahkan.

Turut menyokong sentimen pasaran apabila Presiden China, Xi Jinping sendiri mengatakan akan memberi kerjasama untuk maklumat berkenaan Covid-19 selain turut menyalurkan bantuan bernilai $2 bilion untuk membantu negara lain menangani kesan pandemik untuk 2 tahun akan datang.

Dengan penyusutan US dolar, matawang Euro memanfaatkan peluang untuk mengukuh dengan lonjakan ketara harga pada carta pasangan matawang EUR/USD.

Perkembangan di Eropah, Jerman dan Perancis mencadangkan dana pemulihan bernilai €500 bilion untuk membantu negara-negara anggota yang terjejas teruk dengan kesan penularan wabak pandemik.

Pada carta EUR/USD semalam, harga bergerak perlahan pada permulaan sesi Asia sebelum kenaikan ketara pada sesi Eropah bersambung ke sesi New York. Lonjakan harga mencatatkan sekitar 130 pips kenaikan lebih tinggi.

Harga turun pada awalnya namun gagal melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sebelum harga melonjak mencapai paras ketinggian 1.09270 melepasi paras ketinggian minggu lalu.

Momentum kenaikan harga yang dikekalkan akan mendorong harga menuju zon resistance pada 1.10000 yang diuji pada awal dagangan Mei lalu.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan akan berlaku jika sentimen pasaran semakin pulih dengan melemahkan pergerakan matawang US dolar.

Namun jika sebaliknya berlaku, harga bakal kembali membuat penurunan semula di bawah paras 1.09000 sebelum menguji zon tumpuan sebelum ini seperti di paras sekitar 1.08300.

Penurunan lebih rendah akan menguji paras support minggu lalu sekitar 1.07800 atau lebih rendah lagi menuju zon support 1.07300.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat