Ini Sebab Kenapa Tesla Jual Pegangan Bitcoin Namun Elon Musk Masih Simpan!

2,766

Pengeluar kenderaan elektrik Amerika, Tesla dilaporkan telah menjual Bitcoin bernilai hampir $275 juta setelah membuat pelaburan bernilai $ 1.5 bilion. Dengan ini Tesla telah mengurangkan pegangan sebanyak 10% dan menghasilkan $101 juta keuntungan.

Berdasarkan laporan BBC, Tesla telah mencatat $438 juta untuk tiga bulan pertama lonjakan besar dari $16 juta yang dilaporkan tahun lalu. Menurut ketua pegawai kewangan syarikat, Zachary Kirkhorn, Tesla berniat untuk memegang Bitcoin untuk jangka panjang dan terus mengumpulkan Bitcoin dari hasil transaksi pembeli kereta dari pelanggan.

Sebelum ini Tesla telah mengumumkan pada bulan lalu bahawa mereka telah membolehkan pembeli membeli kenderaan Tesla dengan menggunakan Bitcoin.

Walaupun begitu, penganalisis ekuiti, Nicholas Hyett, berpendapat bahawa walaupun terdapat hasil yang positif namun ia berkemungkinan mendatangkan masalah pada masa akan datang.”Tesla telah menghasilkan sekitar $ 101 juta untuk pelaburannya setakat ini, tetapi keuntungan dan kerugian besar sebenarnya bukan dari perbendaharaan korporat,” ulas beliau.

Disisi lain, Elon Mus menyatakan bahawa Tesla menjual 10% kepemilikannya untuk “membuktikan kecairan” Bitcoin dalam hal menyimpan aset pada kunci kira-kira dan bukannya wang tunai. Walaubagaimanapun, beliau sendiri tidak menjual pegangan Bitcoin sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat