Ini Sebab Penganalisis Berbelah Bahagi Menjelang Keputusan Kadar Faedah BOE!

431

Pemain pasaran masih lagi berteka teki mengenai keputusan kadar yang akan diambil oleh para penggubal polisi. Perbezaan pandangan dalam kalangan penggubal polisi telah menyebabkan para pelabur dan penganalisis menzahirkan rasa kembimbangan terhadap impak selepas kenaikan kadar faedah.

Inflasi di UK dilihat akan ditingkatkan sehingga 5%, dua kali ganda daripada sasaran yang ditetapkan BOE iaitu 2%. Walaupun pemulihan ekonomi sedikit perlahan namun Gabenor BoE Andrew Bailey telah menyatakan bahawa perlunya untuk bertindak untuk membendung jangkaan inflasi.

Dua daripada sembilan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari yang lain telah menyuarakan kebimbangan yang sama menjelang pengumuman polisi pada hari Khamis. Beberapa ahli MPC memilih untuk berdiam diri, menambah ketegangan mengenai kesan susulan jika BoE akan menjadi yang pertama daripada bank pusat terbesar dunia yang menaikkan kadar selepas krisis Covid-19.

Pada hari Rabu yang lepas, the Fed kelihatan bersedia untuk meluluskan pelan untuk mengurangkan pembelian bonnya dan kenaikan kadar yang dijangkakan pada pertengahan 2022.

Penganalisis meramalkan MPC akan mengundi 6-3 untuk menaikkan Kadar Bank kepada 0.25% daripada rekod rendahnya 0.1%, selepas komen Bailey mendorong lonjakan dalam pertaruhan dalam pasaran kewangan dengan kenaikan.

Perkara ini dilihat tidak begitu menggembirakan pasaran kerana menurut mereka ia bukan sesuatu yang efisien pada ketika ini. Namun penganalisis lain seperti Andrew Goodwin meramalkan hal yang sebaliknya bahawa kadar faedah akan dikekalkan.

Goodwin berkata BoE mungkin akan menahan kadar faedah sedikit lebih lama sementara ia menunggu untuk menilai kesan skim kerajaan ke atas pasaran kerja. “Dengan peningkatan inflasi terutamanya disebabkan faktor global dan isi rumah yang menghadapi cabaran kos sara hidup yang besar sepanjang musim sejuk, kami berpendapat pengetatan kadar oleh MPC adalah satu kesilapan,” kata Goodwin.

Pemain pasaran UK kini memberi tumpuan pada laporan mesyuarat polisi BOE yang bakal diterbitkan pada hari Khamis kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat