Ini Sebab Ucapan Powell & Data Utama AS Perlu Diberi Perhatian!

300

Risiko dalam pasaran sedikit mereda ketika pelabur mengalihkan tumpuan kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada awal pagi Khamis.

Kenyataan Powell bakal dijadikan petunjuk baharu dalam penetapan kadar faedah akan datang, sementara menantikan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat.

Bank pusat dijangkakan secara meluas akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat Disember.

Namun demikian, pelabur terlebih dahulu akan diperlihatkan dengan data pekerjaan ADP sektor swasta dan anggaran awal untuk keluaran dalam negara kasar AS (KDNK) untuk suku ketiga pada sesi New York akan datang.

Pada sesi Asia, dolar greenback sedikit susut dari keuntungan yang dicatatkan pada sesi sebelum ini, melihatkan indeks dolar didagangkan pada 106.63 pada sesi Asia.

Sementara mata wang euro dan pound pula kembali menokok selepas mengharungi sesi dagangan menyuramkan pada Selasa.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand diniagakan stabil di tengah-tengah keadaan risiko yang semakin mereda.

Optimisme untuk pembukaan semula sekatan di China membantu mengangkat dagangan kedua-dua mata wang itu pada Selasa, namun kenaikan yang dicatatkan kembali pudar ketika sesi New York.

Bagaimanapun, pergerakan yang dicatatkan mata wang utama adalah terhad memandangkan pelabur berwaspada menjelang ucapan Powell dan data-data penting malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat