Ini Strategi MicroStrategy Untuk Beli Lagi Bitcoin (BTC)

1,206

MicroStrategy mungkin salah satu firma gergasi yang tidak menang tangan dalam membuat pelaburan di dalam Bitcoin (BTC).

Manakan tidak, pada hari yang sama firma itu melaporkan mahu membeli Bitcoin menggunakan keuntungan bernilai $488 juta hasil daripada penjualan penawaran peribadi, dikatakan mereka juga akan menjual sahamnya yang berharga $1 bilion untuk alasan yang sama.

Jelas firma itu, mereka akan melancarkan penawaran sekuriti yang mana membolehkan penjualan sehingga $1 bilion saham biasa Kelas A dari masa ke semasa dan keuntungan tersebut akan digunakan dalam keperluan korporat, termasuk penambahan aset bitcoin.

Buat masa sekarang, MicroStrategy memiliki sebanyak 92,079 Bitcoin (BTC) dengan nilai keseluruhan sekitar $3.7 bilion pada harga semasa $40,392 ketika artikel ini ditulis.

Jika MicroStrategy menggunakan $1 bilion untuk menambah lagi pelaburan di dalam Bitcoin, sebanyak sekitar 25,000 akan ditambah.

Maka tidak mustahil firma ini akan memiliki simpanan Bitcoin mencecah lebih $4 bilion dalam masa terdekat!

Sejak El Salvador menjadikan Bitcoin sebagai tender yang sah, surprise’ oleh Elon Musk  dan pengaktifan Taproot yang memberangsangkan, harga matawang Satoshi Nakamoto bergerak positif setakat ini dengan lonjakan lebih 4% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat