Elon Musk Umum Tesla Akan Terima Semula Bitcoin (BTC) Dengan Syarat!

3,037

Elon Musk memberitahu firmanya, Tesla akan menerima semula Bitcoin (BTC) sebagai medium pembayaran jika pelombong menggunakan 50% tenaga bersih.

Kenyataan itu dimuatnaik sebagai twit balas kepada media berita Cointelegraph: ‘Jika sudah dapat dipastikan 50% tenaga bersih digunakan pelombong dengan trend yang positif, Tesla akan kembali membenarkan urus niaga Bitcoin.’

Susulan daripada itu, harga Bitcoin melonjak lebih 14% daripada nilai terendah harian $34,743 pada 13 Jun  kepada nilai tertinggi semasa artikel ini ditulis, $39,776.

Cointelegraph ada melaporkan kenyataan dibuat oleh pegawai eksekutif firma perkhidmatan kewangan Sygnia, Magda Wierzycka yang mengkritik Musk sengaja pump and dump pasaran Bitcoin.

Bagaimanapun, Musk menyangkal dakwaan Mierzycka dengan menjelaskan penjualan sekitar 10% daripada aset Bitcoin sama sekali tidak menjejaskan pasaran kripto sebelum membuat kenyataan tersebut.

Boleh dikatakan sejak daripada pengumuman pada 13 Mei lalu, komuniti kripto sudah ‘serik’ dengan permainan Musk yang rata-rata bersetuju individu itu seakan-akan ‘sengaja’ memanipulasi pasaran.

Namun Musk masih menunjukkan kesungguhannya untuk menyokong pembayaran menggunakan BTC apabila telah mengusahakan penggunaan sumber tenaga diperbaharui dengan mewujudkan Bitcoin Mining Council.

Bitcoin Mining Council secara rasmi di bawah pengawasan CEO MicroStrategy, Michael Saylor.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat