Ini yang Berlaku Dalam Pasaran Forex Setakat Malam Ini

65

Penguatan US dolar yang masih di tahap minimum dan hasil bon global yang berada di paras rendah telah memberi sokongan kepada emas, walaupun pergerakan pasaran ketika ini masih kecil sementara menunggu berita-berita yang menggerakkan pasaran.

Harga emas pada Jumaat bergerak tinggi berikutan komen terbaru Presiden Fed New York, William Dudley yang menyatakan ekonomi AS tidak berada dalam keadaan bahaya ‘terlalu-panas’ (overheating) dan tiada keadaan yang tergesa-gesa bagi menaikkan kadar faedah.

US dolar sedikit menguat pada sesi Asia hari ini, dengan Usd/Jpy menguat sehingga 111.58 dan kini berada di bawah paras harga 111.50 yang menjadi resistance terdekat ketika ini.

Terdapat kebimbangan yang menyelubungi Korea Utara dengan Presiden Trump dilihat bercadang memberi tekanan yang lebih kuat kepada China supaya menyatakan pendirian yang lebih tegas kepada Pyongyang dan berkemungkinan mengambil tindakan unilateral jika China tidak bertindak.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan yang menyelubungi polisi perdagangan menjelang pertemuan Trump dan President China Xi Jinping pada Khamis dan Jumaat.

Selepas penyusutan awal, bon kerajaan AS mendapat semula sokongan pada Isnin dengan bon 10-tahun susut kepada 2.38% dan terdapat juga peningkatan kepada bon Eropah. Walaupun jangkaan kenaikan kadar faedah secara berperingkat, peningkatan permintaan kepada bon kerajaan 10 Tahun AS telah menyerap tekanan kejatuhan komoditi emas.

Data terbaru dari AS iaitu PMI sektor pembuatan yang dikeluarkan sebentar tadi susut sedikit kepada 57.2 dari 57.7, namun sama seperti jangkaan pasaran. US dolar melemah selepas 15 minit data ini dikeluarkan dengan Emas menguat hampir 50 pip setakat pada masa artikel ini ditulis.

Akhir sekali, jangan lupa untuk mengikuti ulasan dari kami tentang komen dari ahli-ahli FOMC yang akan berucap pada Isnin dan Selasa minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat