Ini Yang Terjadi Dalam Pasaran Minyak Menjelang Akhir 2020

273

Harga minyak didagangkan stabil selepas menyaksikan kejatuhan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Inventori minyak mentah jatuh sebanyak 4.785 juta tong mengikut anggaran yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) selepas mencatatkan peningkatan 2.7 juta tong pada minggu sebelumnya.

Bacaan ini adalah lebih tinggi daripada jangkaan untuk pengurangan 2.1 juta tong. API turut melaporkan penurunan dalam bekalan petrol sebanyak 131,000 tong dan stok penyulingan sebanyak 1.88 juta tong.

Susulan itu, harga minyak kembali meningkat dengan dagangan WTI Amerika Syarikat menguat pada $48.16 setong, manakala minyak mentah Brent pula positif pada $51.33 setong.

Kemerosotan yang dicatatkan ini membawa sedikit kelegaan buat pasaran yang khuatir akan kelemahan permintaan bahan bakar disebabkan tekanan daripada coronavirus yang telah menjejaskan aktiviti ekonomi.

Para pelabur kini menantikan data bekalan minyak mentah daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada malam ini.

Turut menjadi tumpuan adalah mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri (JMMC) OPEC pada 4 Januari yang akan membincangkan mengenai perkembangan dalam pasaran minyak mentah dan perlaksanaan komitmen pengeluaran oleh negara-negara anggota.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat