Ini Yang Terjadi Pada Pasaran Kripto Pasca Kejatuhan 50% Semalam!

2,098

Selepas kejatuhan harga Bitcoin (BTC) hampir kepada 55% dalam 24 jam yang lalu, BTC akhirnya ibu kripto itu berjaya melonjak ke paras harga melebihi $41,000 seunit semasa penulisan.

Setelah lonjakan harga bitcoin melebihi $40,000 seunit, matawang kripto lain telah turut sama menujukkan peningkatan. Ether telah naik kepada pada $ 2,820 dan litecoin meningkat 7% menjadi $ 218. Dogecoin, kripto yang diilhamkan oleh meme yang menjadi perhatian oleh Elon Musk, meningkat 15% berikutan tweet dari CEO Tesla.

Pada hari Rabu, bitcoin jatuh kepada separuh harganya daripada paras tertinggi sebelum bangkit kembali dalam tempoih yang singkat kepada $ 35,000 lebih. Seluruh pasaran kripto telah kehilangan nilai ratusan bilion dolar dalam satu hari.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kenyataaan bercampur dari Elon Musk, laporan China akan mengharamkan kripto dan manipulasi oleh golongan ‘jerung’ telah menjadi faktor utama mendorong kejatuhan kripto.

Kronologi bermula pada 12 Mei, Musk mengatakan firma kereta elektriknya telah menangguhkan pembelian kenderaan dengan menggunakan bitcoin kerana kebimbangan persekitaran terhadap pasaran kripto.

Awal minggu ini, Musk mencadangkan Tesla mungkin telah menjual pegangan bitcoin mereka, kemudian menarik kembali kenyataan tersebut. Semalam Musk sekali lagi memuatkan isyarat yang ditafsirkan ‘diamond hand’ atau terus memegang pengangan kripto sedia ada.

Disisi lain, China sekali lagi mengulangi retorik mereka yang dimainkan tahun-tahun sebelum ini yang melarang institusi kewangan dan firma pembayaran daripada menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan kripto.

Ketika ini harga Bitcoin masih bermain di bawah paras $44,000 seunit. Memerlukan BTC melapasi paras rintangan ini untuk melonjak lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat