Inilah Mata wang Yang Catat Untung Susulan Kemerosotan USD!

2,939

Melangkah masuk ke sesi Eropah, US dolar terus melanjutkan penurunan lebih rendah dengan tumpuan pelabur terarah kepada penerbitan data jualan runcit Amerika Syarikat dan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell.

Sentimen pasaran sedikit meningkat pada Selasa selepas Shanghai mengumumkan ia telah mencapai sifar dalam kes jangkitan Covid-19 di semua daerah tetapi merancang untuk mula melonggarkan sekatan secara beransur-ansur mulai 21 Mei dengan sasaran akan menghapuskannya secara penuh pada 1 Jun.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand memanfaatkan berita positif ini untuk bangkit dari paras terendah yang disentuh pada minggu lalu.

Dolar Aussie turut mendapat sokongan daripada laporan minit mesyuarat yang menunjukkan Bank Pusat Australia (RBA) akan meningkatkan kadar faedahnya sekali lagi pada bulan Jun.

Sementara itu, mata wang pound melonjak lebih tinggi setelah diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan yang menunjukkan kadar pengangguran UK jatuh ke paras terendah 48 tahun pada suku pertama 2022.

Euro pula didagangkan stabil susulan data anggaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) menunjukkan pertumbuhan ekonomi Zon Eropah sedikit meningkat pada suku pertama sebanyak 5.1% daripada jangkaan 5.0%.

Selain itu, dolar Kanada mencatatkan keuntungan susulan kemerosotan US dolar, di samping turut mendapat sokongan daripada pengukuhan dagangan minyak mentah dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat