Rupanya RBA Nak Naikkan Kadar Faedah Lebih Tinggi, Tapi Ini Yang Berlaku!

389

Laporan minit mesyuarat Bank Pusat Australia (RBA) menunjukkan para penggubal dasar telah mempertimbangkan untuk menaikkan kadar faedah dengan lebih tinggi iaitu sebanyak 40 mata asas pada pertemuan mereka awal bulan Mei.

Bagaimanapun, bank pusat itu memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 0.35% bagi menandakan kembalinya RBA ke prosedur operasi biasa.

Menurut laporan yang diterbitkan pada sesi Asia, RBA mengatakan ia akan berpeluang menyemak semula penetapan kadar faedah dalam tempoh yang agak singkat berdasarkan maklumat tambahan memandangkan mesyuarat dijalankan setiap bulan.

Selain itu, penggubal dasar juga bersetuju bahawa kenaikan selanjutnya dalam kadar faedah mungkin diperlukan untuk memastikan inflasi di Australia kembali ke sasaran dari semasa ke semasa.

Susulan pendedahan minit mesyuarat tersebut, penganalisis melihatnya sebagai petunjuk yang jelas dan kini meramalkan RBA akan melaksanakan peningkatan kadar faedah sekali lagi pada bulan Jun, dengan kemungkinan kenaikan 25 mata asas.

Lonjakan inflasi ke puncak tertinggi 20 tahun pada suku pertama telah mendorong peralihan mendadak RBA dalam dasar monetarinya. Inflasi teras telah meningkat 3.7%, tertinggi sejak 2009 dan jauh dari sasaran 2-3% bank pusat.

Malah, RBA kini menjangkakan inflasi teras kekal di atas sasaran sehingga 2024, sekali gus menandakan lebih banyak pengetatan menanti pada bulan-bulan akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat