Pasaran Buruh UK Makin Pesat, Tapi Inflasi Jejaskan Pertumbuhan Upah

278

Kadar pengangguran UK jatuh ke paras terendah sejak 1974 pada suku pertama 2022, tetapi mengalami kejatuhan besar dalam pendapatan benar disebabkan oleh inflasi yang melambung tinggi.

Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) melaporkan kadar pengangguran turun kepada 3.7% dalam tiga bulan pertama tahun ini daripada 3.8% yang dijangkakan dan bacaan sebelumnya.

Kekosongan jawatan terus meningkat ke mencecah rekod ketika majikan terus bergelut untuk mencari pekerja kerana ratusan ribu orang yang meninggalkan pekerjaan semasa Covid-19 melanda telah memilih untuk tidak kembali.

Selain itu, selaras dengan kenaikan harga, purata pendapatan tidak termasuk bonus jatuh sebanyak 1.9% daripada tahun sebelumnya sekali gus menjadi penurunan terbesar sejak 2013.

Dengan kadar inflasi melebihi 10% menjelang akhir tahun dan kenaikan cukai oleh kerajaan, pengguna menghadapi penurunan yang hampir tidak pernah berlaku sebelum ini dalam pendapatan boleh guna sebenar mereka.

Beberapa penganalisis memberitahu kesan daripada kejatuhan ini boleh menyebabkan ekonomi mengalami kemelesetan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang sejauh mana Bank of England (BOE) akan menaikkan kadar faedah.

Ekoran daripada penerbitan tersebut, mata wang pound meningkat lebih tinggi untuk bangkit dari paras terendah hampir 2 tahun yang disentuhnya minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat