Inilah Sebabnya USD Kembali Mengukuh!

496

Lonjakan hasil bon AS telah mengangkat dagangan dolar greenback untuk bangkit semula setelah jatuh ke paras terendah sembilan minggu disebabkan keputusan mesyuarat polisi FOMC.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun melonjak ke tahap 1.68% pada sesi New York selepas menyaksikan bacaan data pertumbuhan ekonomi AS yang kuat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat pada 6.4% pada suku pertama tahun ini dari 4.3% yang dicatatkan pada suku sebelum ini, didorong oleh peningkatan ketara dalam perbelanjaan pengguna.

Ini membuktikan bahawa hasil daripada langkah rangsangan besar-besaran oleh kerajaan dan bank pusat, serta kemajuan dalam vaksinasi telah membantu memacu pertumbuhan ini.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, jumlah tuntutan pengangguran AS terus menunjukkan penurunan kepada 553,000 pada minggu lalu.

Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan stabil di sekitar 90.60, susut sedikit dari kenaikan yang dicatatkan pada sesi sebelum ini 90.77.

Terdahulu, matawang itu susut rendah susulan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang menolak spekulasi untuk mengurangkan pelonggaran pembelian bon lebih awal, atas alasan pekerjaan masih jauh lagi dari sasaran.

Kenyataan ini telah memberi peluang buat matawang euro melonjak ke paras tertinggi sejak Februari, sebelum ia mengurangkan keuntungan susulan kebangkitan USD.

Namun begitu, matawang US dolar kini di landasan untuk mencatatkan penurunan mingguan keempat berturut-turut berbanding pesaing utamanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat