Inilah Yang Paling Ditakuti UK Jika Lockdown Terus Dilanjutkan!

598

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak memberi amaran bahawa penutupan lebih lanjut akan melumpuhkan ekonomi dan masyarakat.

Terbaru, dalam wawancara bersama The Sun, Sunak mengatakan penutupan akan memberi impak yang sangat kuat kepada ekonomi dan sosial.

Menurut Sunak, mempunyai ekonomi yang lemah bukan sahaja memberi kesan kepada keupayaan negara untuk membiayai perkhidmatan kesihatan seperti Perkhidmatan Kesihatan Negara UK (NHS), malah juga terhadap kesihatan jangka panjang individu.

Rishi Sunak telah menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap arahan penutupan pub dan restoran sebelum jam 10 malam, tetapi beliau tetap menggalakkan rakyat Britain supaya mematuhi peraturan tersebut.

Pada bulan lalu, menteri kewangan itu telah mengumumkan skim sokongan pekerjaan baru yang akan membantu syarikat mengupah orang pada waktu yang lebih pendek. Bagaimanapun, Sunak mengingatkan bahawa beliau tidak dapat menyelamatkan setiap perniagaan dan pekerjaan.

Dalam pada itu, kerajaan Britain melancarkan satu lagi program pekerjaan baru pada hari Isnin. Skim sokongan sasaran kemasukan pekerjaan (Jets) yang menelan belanja £ 238 juta itu akan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan ketika dilanda krisis Covid-19 untuk kembali bekerja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat