Insiden KuCoin dan BitMEX Tidak Menjejaskan Harga Bitcoin. Kenapa?

317

Sejak kebelakangan ini pelbagai isu yang melibatkan matawang kripto, Bitcoin berlaku. Bermula dengan kes penggodaman KuCoin hingga BitMEX yang berhadapan tindakan undang-undang Amerika Syarikat (AS).

Untuk pengetahuan, platform pertukaran KuCoin telah digodam dan sebanyak lebih $100 juta telah berjaya dicuri.

Beberapa hari kemudian, pihak kerajaan AS telah mendakwa salah seorang pengerusi BitMEX atas kesalahan undang-undang.

Namun, kedua-dua insiden tersebut tidak memberi kesan negatif yang mendadak terhadap harga Bitcoin.

Menurut CEO aplikasi pelaburan Amber, Aleks Svetski, ketahanan harga Bitcoin, bergantung kepada beberapa faktor, termasuk pelabur besar yang membeli BTC.

Svetski menjelaskan harga Bitcoin memainkan peranan sebagai fungsi permintaan global mengatasi penawaran yang ketat, bekalan yang tidak berubah dan pengurangan jadual.

Maka, fenomena peningkatan pelabur yang beminat untuk memiliki aset itu, bukan sahaja menghasilkan harga yang minimum tetapi juga akan meningkatkan tekanan lonjakan harga.

Lihat sahaja sepanjang 2020 setakat ini, sudah banyak firma yang berjinak dengan Bitcoin. Antaranya, MicroStrategy, Paul Tudor Jones dan Square.

Berdasarkan maklumat, insiden KuCoin menyebabkan aset digital itu susut sedikit dan berita BitMEX membawa kepada penyusutan beberapa ratus dolar sahaja, sebelum melonjak semula ke paras yang lebih kukuh.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat