IPO WeWork Tertunda, Neumann Didesak Letak Jawatan!

192

Salah seorang pengasas WeWork, Adam Neumann bersetuju untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu selepas SoftBank Group dan beberapa pemegang saham lain menganggap beliau adalah punca kejatuhan penilaian awal bagi syarikat perkongsian pejabat itu.

Keputusan itu dibuat selepas syarikat induknya, We Company menunda tawaran awam awal (IPO) syarikat yang sepatutnya dijadualkan minggu lalu berikutan perspektif pelabur yang kurang yakin terhadap syarikat ini. Antara yang menjadi perhatian pelabur bukan sahaja dari segi kerugian yang semakin tinggi, malah pegangan Nuemann di dalam syarikat dilihat terlalu berkuasa.

Perkara ini menjadi tamparan hebat buat SoftBank yang mengharapkan IPO bagi WeWork dapat disegerakan untuk meningkatkan lagi kekayaannya dan menarik para pelabur untuk Dana Visi kedua yang bernilai $108 bilion. SoftBank melabur di dalam We Company pada penilaian $47 bilion pada Januari tetapi pelabur melihat potensi bagi IPO hanya sekitar $10 bilion.

We Company telah berikrar akan meneruskan juga IPO menjelang akhir tahun ini namun mereka juga dapat merasakan sedikit petanda bahawa sentimen pelabur bagi IPO mereka tidak akan sama seperti dahulu. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan kepentingan pelabur luar, tetapi termasuklah Neumann sendiri. Namun begitu, berapakah pemilikan Neumann di dalam syarikat masih belum didedahkan.

Artie Minson yang kini merupakan Ketua Pegawai Kewangan We Company dan Sebastian Gunningham yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi untuk syarikat itu akan dilantik menjadi ketua eksekutif bersama. Meskipun Neumann digugurkan dari We Work,namun jawatan beliau sebagai pengerusi bukan eksekutif di We Company masih kekal.

Nuemann juga bersetuju untuk mengurangkan kuasa saham pengundiannya yang menyaksikan beliau hilang kawalan terhadap undi majoriti. Setiap sahamnya kini akan mempunyai hak mengundi yang sama untuk tiga saham, berbeza sebelum ini yang memerlukan 10 saham untuk menyamai hak mengundi untuk satu saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat