Iran Enggan Beri Kerjasama!

45

Harga minyak mentah menurun pada sesi Asia selari dengan keraguan pasaran yang semakin ragu-ragu terhadap keputusan yang bakal dikeluarkan oleh OPEC mengenai prospek pembekuan bekalan.

Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah menyusut sebanyak 0.70% kepada $48.36 setong.

Minggu lepas, minyak mentah jatuh ke paras terendah pada Jumaat, sekali gus mencatat angka kerugian mingguan terbesar sejak pertengahan September lalu. Hal ini berikutan pasaran dilihat semakin tidak yakin dengan keputusan yang bakal dimuktamadkan oleh OPEC terhadap isu lebihan bekalan.

Di ICE London, minyak Brent untuk penghantaran Disember kali terakhir dinilai pada $50.34 setong. Harga kekal pada tahap rendah walaupun pembekal perkhidmatan Baker Hughes berkata bahawa bilangan penggerudian minyak di Amerika Syarikat turun buat kali yang pertama sejak Jun.

Pegawai OPEC mengatakan bahawa rundingan untuk mengurangkan pengeluaran gagal pada Jumaat kerana bantahan Iran untuk turut serta dalam pembekuan bekalan tersebut.

Sebelum ini  OPEC telah bersetuju untuk mengehadkan bekalan dari 32.5juta hingga kira-kira 33.0 juta tong sehari dalam rundingan di Algeria akhir September lalu.

Pun begitu, keputusan muktamad hanya akan diketahui kelak pada 30 November nanti.

Pasaran menjangka keputusan mesyuarat itu akan berakhir dengan tangan kosong selepas Iraq, Iran, Nigeria dan Libya dikatakan enggan memberikan kerjasama. Sama-sama kita nantikan!

Kenali Ekonomi UK Dengan Lebih Terperinci! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat