Iran Menemui Sumber Minyak Mentah & Gas yang Besar

65

Menurut pihak Iran, satu kawasan yang menyimpan sumber minyak mentah dan gas yang besar telah ditemui di Iran. Perkara ini diumumkan sendiri oleh National Iranian Oil Company (NIOC). Berdasarkan anggaran awal kawasan tersebut menyimpan  15 billion tong minyak dan 2330 trillion kaki persegi ‘gas’.

Dalam perjanjian bersama OPEC sebelum ini, Iran hanya dibenarkan menambah 90,000 tong minyak mentah sehari yang membawa kepada purata 3.797 juta tong pada enam bulan pertama 2017.

NIOC menyatakan Iran akan mencapai empat juta tong sehari pada 20 Mac, satu kenyataan yang selalu diperkatakan oleh pihak NIOC pada 2016, tetapi gagal diterjemahkan melalui tindakan mereka.

Bagi meningkatkan pengeluaran, Iran cuba menarik para pelabur dengan menawarkan mereka kontrak yang telah dikaji semula. Iran menjangka akan dapat mengumpulkan dana $130 billion dalam 11 kontrak yang ditawarkan.

Dalam mencari pelabur ke dalam sektor minyak dan gas di Iiran, mereka juga (Iran) sedang merancang untuk melabur di luar negara seperti Brazil dan Spanyol.

Iran bukan sahaja tertarik kepada Brazil dan Spanyol, tetapi  mereka juga mempunyai milikan 30% saham dalam cari-gali di Malaysia dalam pembinaan yang sedang berjalan. Bukan itu sahaja Iran juga sedang cuba mengambil alih 40% kemudahan di Indonesia dan Afrika Selatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat