Ironinya, CEO Pfizer Positif Covid-19 Buat Kali ke-2 Tahun Ini

143

‘Kita berfikiran positif jelah.’

Pada pertengahan bulan Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer Inc iaitu Albert Bourla telah disahkan positif Covid-19.

Kini lebih kurang sebulan selepas kes positif pertamanya, beliau sekali lagi disahkan dijangkiti Covid-19 buat kali ke-2.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh syarikat dan Bourla sendiri menerusi Twitter peribadinya.

Katanya dalam satu ciapan adalah beliau berasa sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom walaupun disahkan positif buat kali ke-2 dalam tempoh sebulan.

Ketika disahkan positif buat kali pertama dahulu, beliau telah menerima rawatan vaksin Paxlovid.

Suka diingatkan Bourla yang berusia 60 tahun telah menerima rawatan Paxlovid iaitu ubat antivirus yang digunakan untuk merawat orang berisiko tinggi seperti pesakit lebih berusia.

Dan pada ketika itu juga beliau dikatakan telah menerima 4 dos suntikan vaksin yang dibuat oleh Pfizer dengan kolaborasi bersama BioTech.

Dalam pada itu, Bourla dikatakan masih belum menerima suntikan penggalak (boostershot) ‘bivalen’ baharu.

Sebagai pengetahuan, bivalen adalah vaksin baharu yang disasarkan untuk menangani sub-varian BA.5 dan BA.4 Omicron di Amerika Syarikat (AS).

Jelas Bourla mengenai sebab mengapa beliau masih belum menerima suntikan baharu tersebut adalah kerana beliau perlu mematuhi panduan yang ditetapkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Mengikut garis panduan yang ditetapkan CDC untuk suntikan bivalen adalah pesakit perlu menunggu 3 bulan selepas dijangkiti Covid-19 untuk menerima boostershot tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat