Minyak mentah mengekalkan keuntungan yang diraihnya pada awal minggu ketika isu-isu sampingan mengenai pengetatan bekalan masih lagi mempengaruhi pasaran.
Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan stabil pada $113 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat sedikit berubah pada $110 setong.
Kedua-dua penanda aras telah meningkat 2% pada awal minggu.
Menurut perkembangan terkini, pekerja minyak dan gas Norway memulakan mogok pada hari Selasa yang dijangka akan mengurangkan sekitar 130,000 tong atau 6.5% daripada pengeluaran minyak harian negara.
Tambahan daripada itu, OPEC+ juga bergelut untuk mengepam lebih banyak minyak mentah berikutan kekurangan pelaburan, had kapasiti dan pergolakan politik di beberapa negara anggota.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat Reuters, pertubuhan pengeksport petroleum utama dunia itu telah gagal mencapai sasaran tambahan pengeluaran pada bulan Jun.
Salah satu anggota OPEC yang bergelut dengan pergolak politik ketika ini adalah Libya, di mana pihak berkuasa mengumumkan force majeure di pelabuhan Es Sidr dan Ras Lanuf serta medan minyak El Feel pada Khamis, berkata pengeluaran minyak turun sebanyak 865,000 tong sehari.
Dalam pada itu, Perdana Menteri UK Boris Johnson menggesa Arab Saudi untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebagai usaha untuk mengurangkan harga bahan api yang melambung tinggi.