‘Isu Teknikal’ – Coinbase Punca XRP Susut 10%!

3,395

Tanpa sebarang pemberitahuan, pada awal pagi tadi beberapa matawang kripto bagi pasangan: XRP/BTC, XRP/USD, XRP/GBP, dan XRP/EUR telah disenaraikan dalam aplikasi mudah alih Coinbase Pro.

Matawang Ripple itu terus mencatatkan lonjakan sehingga hampir 12% dalam beberapa minit susulan daripada jumlah dagangan yang turut meningkat.

Timbul pula ura-ura jika Coinbase sudah serius untuk memulakan perdagangan semula XRP. Namun, Coinbase Pro menafikan khabar tersebut.

Platform tersebut membuat kenyataan rasmi dalam satu twit: “Disebabkan isu teknikal, pengguna menyaksikan paparan matawang XRP di aplikasi mudah alih Coinbase Pro untuk sementara tetapi ia tidak boleh didagangkan.”

Pengumuman terbaru Coinbase itu akhirnya menjunamkan semula harga XRP, susut 10% ke bawah paras indikator simple moving average (SMA) 200 4-jam pada $1.14.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $1.10, susut 0.61% dalam 24 jam.

Coinbase Pro telah menyahsenaraikan XRP bermula 19 Januari tahun ini susulan daripada kes saman Securities and Exchange Commission (SEC) terhadap Ripple Labs.

Sehingga ke hari ini masih tiada tanda bahawa Coinbase akan menyenaraikan semula matawang kripto tersebut walaupun XRP boleh dianggap antara matawang yang paling popular selain altcoins lain.

Komuniti kripto juga ada menggesa Coinbase untuk menyenaraikan semula XRP sebagai tanda solidariti terhadap Ripple selepas firma itu menerima saman daripada SEC.

Pada Rabu, CEO Ripple Brad Garlinghouse ada ‘menyambut mesra’ CEO Coinbase, Brian Armstrong dengan GIF meme sebaik sahaja menyedari Coinbase menerima nasib yang sama seperti Ripple.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat