Isu Terbaru Brexit Menyebabkan Lonjakan Matawang GBP/USD Sehingga 174 Pip!

1,469

Matawang GBP membuat lonjakan dengan GBP/USD membuat kenaikan sehingga 174 pip setakat pada pukul 8.47 malam. Pair GBP/JPY pula naik sehingga 260 pip, dan GBP/NZD naik sehingga 240 pip.

Apa pemangkin kepada kenaikan matawang GBP? Ya, Brexit. Terdapat laporan bahawa perjanjian telah dipersetujui antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) terhadap tempoh paralihan Brexit.

Ketua perunding EU Michael Barnier telah mengeluarkan ‘draf perjanjian’ terhadap tempoh pelaksanaan. Barnier memberitahu wartawan bahawa rundingan masih lagi berjalan dan menyatakan sempadan Ireland kekal sebagai isu yang perlu diselesaikan. Barnier juga mengingatkan tiada yang dipersetujui sehingga semua perkara telah dipersetujui. Memang benar ada banyak lagi perjanjian yang perlu dibuat oleh kedua-dua pihak termasuklah perdagangan dua hala.

Berita ini dilihat sebagai sesuatu yang begitu signifikan kepada matawang GBP kerana ia telah mengurangkan ketidaktentuan (uncertainty) dalam isu Brexit. Jika perjanjian ini dapat dipersetujui pada minggu ini, berkemungkinan matawang GBP akan bergerak lebih tinggi.

Draf perjanjian ini dikeluarkan sebelum perhimpunan EU Council pada 22-23 Mac. Barnier kini akan menunggu mandat daripada ketua Eropah tentang apa pula pendirian EU dalam rundingan perdagangan selepas ini.

Perkara yang penting dan dilihat positif kepada UK dan GBP adalah ‘dalam tempoh peralihan’ di mana UK boleh meneruskan rundingan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat