Jaga-jaga, Australia Bakal Heret China Ke WTO

439

Australia sedang mempertimbangkan untuk melibatkan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dalam perselisihannya dengan China, menurut Menteri Perdagangan Dan Tehan dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

Lapor CNBC, Tehan memberitahu bahawa kerajaan telah bekerjasama rapat dengan industri wain Australia terhadap kesan yang dialami sektor itu disebabkan sekatan yang dikenakan oleh China sebelum ini.

Tambah beliau lagi, Australia akan membuat pengumuman sama ada mereka akan melibatkan WTO dalam isu ini dalam beberapa minggu akan datang.

Pada bulan Mac, Kementerian Perdagangan China telah mengumumkan tarif anti-lambakan antara 116.2% dan 218.4% ke atas import wain Australia, yang mana ia akan berlangsung selama lima tahun.

Tindakan tersebut diambil susulan siasatan anti lambakan China yang dijalankan terhadap import wain dari Australia awal tahun ini.

Hubungan dua hala antara Australia dan China memburuk sejak tahun lepas, setelah Canberra menyokong seruan untuk menjalankan siasatan antarabangsa ke atas Wuhan yang dikatakan punca munculnya wabak coronavirus.

Susulan itu, China telah menjatuhkan beberapa sekatan ke atas pengeksport Australia, termasuk duti anti lambakan dan anti subsidi terhadap barli, larangan import dari pusat penyembelihan daging dan menghentikan import arang batu Australia.

Hal ini boleh memberi kesan besar buat ekonomi Australia yang sangat bergantung kepada perdagangan dan China sebagai rakan dagang terbesarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat