Jaga-Jaga! EUR/USD Beri Petanda Untuk Kejatuhan Harga

256

Setelah pasaran di Amerika bercuti di awal minggu, kerancakan kembali terasa pada dagangan pembukaan sesi New York semalam (Selasa) menyaksikan US dolar telah mula pamerkan dominasinya.

Selain disokong oleh data perumahan yang kukuh di Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam, pelabur sememangnya menantikan pengukuhan tercetus pada US dolar berikutan isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah lagi selepas ini.

Justeru, US dolar telah kembali memberi tekanan semula kepada kebanyakan mata wang utama yang ‘bermaharajalela’ hingga ke penutup dagangan minggu lalu.

Mata wang Euro yang kukuh minggu lalu selepas bank pusat Eropah (ECB) menaikkan kadar faedah pada mesyuarat dasar yang terbaru, kembali diasak semula oleh pengukuhan US dolar.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan dipapar minggu lalu mula berubah corak pada minggu ini.

Pergerakan harga yang mendatar pada Isnin menyaksikan penurunan awal di sesi New York semalam.

Harga yang berlegar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD menjadi isyarat untuk pergerakan trend bearish.

Berkemungkinan penurunan lebih rendah akan berlaku lagi selepas ini dengan jangkaan harga akan menuju ke zon tumpuan 1.08000.

Penurunan yang dilanjutkan bakal menguji paras seterusnya pada 1.07000 yang menjadi zon support buat harga sebelum ini.

Namun, jika harga berjaya meneruskan lonjakan semula, kenaikan melepasi halangan MA50 akan mensasarkan harga mencapai ketinggian 1.10000.

Paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan lagi dengan kenaikan jika masih diteruskan boleh menuju ke sekitar 1.10700.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat