Jaga-Jaga! EUR/USD Mungkin Bakal Menjunam Semula

1,244

US dolar terus didagangkan susut sehingga penghujung minggu kekal memberi ruang untuk mata wang utama lain meningkat.

Namun, sentimen risk-on pasaran dilihat bakal berubah dengan perkembangan baru isu vaksin yang kurang menyenangkan pelabur.

Syarikat pembangun vaksin, Pfizer menyatakan pengurangan sasaran agihan vaksin kerana berdepan halangan bekalan membuatkan pasaran akan kembali berjaga-jaga.

Walaupun jumlah agihan akan dikurangkan sehingga 50 juta, syarikat tersebut masih menjangkakan lebih 1 bilion dos agihan pada 2021.

Dalam perkembangan rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pula, keyakinan terhadap pelaksanaan pakej mula pudar selepas Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell telah menolak cadangan $908 bilion pakej yang dipersetujui kedua-dua parti.

Kebimbangan yang mungkin meningkat akan kembali melihatkan US dolar didagangkan kukuh semula.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga masih kekal meneruskan kenaikan ke paras tertinggi terbaru semalam mencapai paras ketinggian sekitar 1.21800.

Namun harga bergerak perlahan di bawah paras 1.21500 semula pada dagangan bersambung di sesi Asia pada Jumaat.

Jika harga masih bergerak dalam trend bullish, kenaikan harga mungkin akan terus mencapai paras ketinggian terbaru lagi sebelum menutup dagangan minggu ini.

Namun jika pelabur menunjukkan reaksi panik terhadap jangkaan sentimen pasaran yang bakal berubah, harga bakal kembali menjunam semula.

Paras penting yang dilihat akan diberi tumpuan pada penurunan harga adalah pada 1.20900 dan juga zon RBS (resistance become support) pada 1.20000.

Menuju sesi New York, pelabur akan berwaspada menantikan laporan data pekerjaan NFP AS yang bakal menggegarkan pasaran.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat