Jaga-jaga! Harga Emas Nak Melonjak Semula

877

Permintaan terhadap safe-haven emas terus menguat ketika sentimen pasaran masih dihantui oleh kes baru Covid-19 yang saban hari mencatatkan peningkatan.

Pada pembukaan sesi Eropah, logam kuning itu didagangkan mengukuh di sekitar paras harga $1,810 per auns, sementara niaga hadapan emas pula didagangkan meningkat pada $1,812 per auns.

Pasaran kini menumpukan perhatian terhadap perkembangan perbincangan mengenai pelan dana pemulihan ekonomi oleh pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk negara-negara anggota yang terkesan akibat Covid-19.

Memasuki hari ketiga perbincangan, pemimpin EU dilaporkan masih belum mencapai kata putus mengenai berapa banyak dan bagaimana dana itu akan diagihkan.

Namun begitu, susulan daripada beberapa laporan positif mengenai beberapa negara anggota bersedia untuk berkompromi, keyakinan pasaran untuk melihat EU mencapai kesepakatan semakin meningkat.

Selain itu, turut menjadi perhatian pasaran adalah pakej rangsangan ekonomi yang dijangka akan dilancarkan oleh Pemimpin Majoriti Senat AS, Mitch McConnell dan akan dibincangkan oleh Kongres pada minggu ini.

Susulan daripada itu, pelabur dilihat lebih mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat sama ada cadangan langkah rangsangan tambahan tersebut akan dipersetujui untuk dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat