Jangan Terlepas ‘BUY’ YEN, CHF & EMAS Jika Risiko Ini Tercetus

1,697

Citarasa pelabur terhadap risiko (risk-appetite) semakin baik pada akhir minggu lalu apabila kebimbangan terhadap perang perdagangan semakin berkurangan. Kita dapat melihat kenaikan pasaran saham Wallstreet dalam 4 daripada 5 sesi dagangan.

Namun, sentimen agak terganggu pada Selasa disebabkan oleh pemecatan pegawai tertinggi Amerika Syarikat iaitu menteri dalam negeri Rex Tillerson.

Sentimen menjadi semakin baik minggu lepas kerana kebimbangan berkurangan ke atas:

(1) ancaman nuklear dari Korea Utara,
(2) prospek perang perdagangan
(3) kemungkinan pengetatan keadaan monetari yang lebih cepat khususnya ECB dan BOJ.
(4) ekonomi AS.

Perkara yang tidak dijangka dari Korea Utara di mana Presiden AS Donald Trump telah bersetuju untuk bertemu dengan Kim Jong-un pada Mei. Ini mengurangkan ancaman nuklear dari Korea Utara dan mengurangkan pembelian kepada aset safe-haven seperti emas dan yen.

Di samping itu, kedua-dua Mexico dan Kanada seakan terselamat dari kesan buruk tarif AS ke atas import aluminium dan keluli. China dan Kesatuan Eropah (EU) adalah antara ekonomi yang akan membayar cukai eksport logam-logam ini ke AS.

Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat telah membenarkan negara-negara lain untuk memohon pengecualian dan ia akan menjadi kejutan besar jika EU tidak memilih untuk pengecualian. Pendekatan Trump dilihat semakin baik selepas beberapa ahli Republikan menyuarakan kebimbangan terhadap tindakbalas negara-negara lain yang juga mengenakan cukai import kepada A.S. Tetapi tidak ada jaminan bahawa EU akan diberikan pengecualian. Sebaliknya, EU dan China boleh membalas dan ini boleh mencetuskan perang perdagangan.

Di China, kebanyakkan data ekonomi yang dikeluarkan baru-baru ini sedikit mengecewakan. Namun apabila data pengeluaran industri yang terkini memberangsangkan, ia menunjukkan permintaan global yang positif.

Secara keseluruhan data ekonomi yang dikeluarkan pada minggu ini tidak begitu penting dan berimpak tinggi jika dibandingkan dengan minggu lepas kecuali data harga pengguna (CPI) A.S. dan data industri China.

Walaubagaimanapun, risiko masih ada kerana terdapat kemungkinan ‘perang dagang’ ini akan mengubah polisi EU/China. EU dan China berkemungkinan akan memperkenalkan cukai import ke atas barangan daripada Amerika Syarikat.

Jika benar, EU dan China memilih untuk perang perdagangan dengan mengenakan cukai import ke atas Amerika, sudah tentu sebagai trader kita akan cari peluang untuk buy aset safe-haven seperti Yen, CHF dan emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat