Jangan Terlepas Update Penting Sesi Dagangan Asia Pagi Ini!

39

Yen mengukuh dalam sesi Asia pada Isnin disamping pasaran menanti banyak keputusan penting dari bank pusat utama minggu ini.

USD/JPY dan AUD/USD merosot masing-masing sebanyak 0.11% dan 0.14%. Sementara itu, pair GBP dicatat stabil pada 1.2193.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Jepun melaporkan peningkatan pengeluaran perindustrian sementara bagi bulan September. Sebaliknya data jualan runcit menunjukkan kemerosotan.

Kemudian, Australia mengeluarkan data inflasi M1 setelah mengeluarkan data kredit perumahan yang semakin meningkat sebanyak 0.4%.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama kali terakhir dinilai pada 98.31.

Minggu ini juga, Fed dijangka akan mengeluarkan data NFP untuk bulan Oktober, disamping keputusan dari beberapa mensyuarat bank puat utama dari UK, Jepun dan Australia.

Minggu lalu, Dollar jatuh berbanding Euro angkara ketidaktentuan politik berikutan siasatan FBI terhadap emel peribadi salah satu calon utama iaitu Hillary Clinton.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

Laporan itu sedikit sebanyak mencetuskan ketidaktentuan pasaran mengenai jangkaan kemenangan terhadap calon tersebut menjelang pilhanraya presiden yang bakal berlangsung pada 8 November nanti.

Clinton Menjadi Tumpuan Dunia Akibat Siasatan Terhadap Emel Peribadi Beliau!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat