Jenayah Industri DeFi Meningkat 600%, Tanggung Kerugian RM44 Bilion Sepanjang 2021

482

2021 boleh dikatakan tahun yang menyaksikan lonjakan pertumbuhan sektor DeFi atau kewangan desentralisasi, terutama selepas China memutuskan untuk mengharamkan aktiviti berkaitan perdagangan matawang kripto.

Berdasarkan kajian daripada DeFi Llama, protokol DeFi menyaksikan pertumbuhan jumlah nilai terkunci dari $22 bilion (RM9.2 bilion) pada awal 2021 kepada lebih $260 bilion (RM1.1 trilion).

Rekod tersebut merangkumi seluruh aspek perkhidmatan kewangan termasuk pengurusan aset, pinjaman, pertukaran desentralisasi (DEX), derivatif, dan stablecoins.

Bagaimanapun di sebalik ‘kemeriahan’ pertumbuhan industri ini, tersembunyinya insiden yang tidak menyenangkan pelabur.

Sedia maklum, DeFi merupakan satu ruang di mana pengguna tidak memerlukan pihak ketiga untuk berinteraksi antara satu sama lain. Ini bermakna pelabur berinteraksi secara langsung tanpa kehadiran bank, sebaliknya hanya bergantung dengan kontrak pintar pada kos yang lebih rendah dan inklusi kewangan yang lebih baik.

Ekoran daripada itu, sektor ini terdedah dengan risiko aktiviti penggodaman rangkaian dan penyelewengan wang melalui kumpulan kecairan yang dalam (deep pool of liquidity).

Malah, ekploitasi dan penggunaan teknologi desentralisasi seperti aplikasi desentralisasi (dApps) secara haram (dikenali sebagai ‘DeCrime”) turut mencatatkan peningkatan.

Data daripada Elliptic mendedahkan kerugian yang ditanggung seluruh platform DeFi telah melebihi $10.5 bilion (RM44 bilion) sepanjang 2021. Rekod ini mencatatkan peningkatan sebanyak 600% dari paras nilai $1.5 bilion (RM6.3 bilion) pada 2020.

Manakala dApps di Ethereum berputih mata dengan kehilangan sebanyak $8.6 bilion (RM36 bilion) dan Binance Smart Chain (BSC) pula sebanyak $2.5 bilion (RM10.5 bilion).

Di manakah kekurangannya sehingga menjadi sasaran penjenanyah?

Elliptic memberitahu salah satu faktor kepada insiden begini adalah disebabkan ekosistem teknologi desentralisasi yang tidak matang dan tidak diuji hingga menyebabkan menjadi mangsa kepada serangan pepijat , eksploitasi kod dan kunci tadbir (admin key).

Maka, tidak hairanlah mengapa penyelia seluruh dunia mula bertindak tegas dengan inovasi perkhidmatan kewangan seperti DeFi dan stablecoins.

Dalam usaha mereka mahu menyokong kemajuan yang diperkenalkan, pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan untuk melindungi pengguna.

Setakat ini dapat dilihat beberapa buah negara dan agensi sudah mula giat menyusun undang-undang yang bersesuaian. Misalnya agensi global penyelia penggubahan wang haram dan pembiayaan pengganas, Financial Action Task Force, dan negara Singapura serta Hong Kong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat