Penerangan daripada bekas presiden bank pusat China, People’s Bank of China (PBOC) mungkin menjelaskan serba sedikit mengapa negara tersebut kurang gemarkan sektor kripto sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Zhou Xiaochuan, sekatan yang dikenakan terhadap matawang dan perlombongan kripto adalah tindakan wajar bagi menyelamatkan ekonomi bagi jangka panjang – “survival of the fittest”.
Mereka percaya matawang digital yang berasaskan blockchain desentralisasi bukan kaedah pembayaran yang sesuai untuk ekonomi tradisional kerana kelompok matawan ini memiliki penskalaan, merangkumi kos/caj transaksi, kepadatan rangkaian, dan kelajuan transaksi.
Disebabkan itu, China yakin ekonominya akan bertumbuh lebih pesat melalui kelebihan matawang digital bank pusat (CBDC): kos transaksi yang murah, kemudahan dan kestabilan yang tinggi.
Ini membuktikan keyakinan negara itu terhadap CBDC yang dipercayai menawarkan fleksibiliti yang tinggi berbanding kaedah pembayaran tradisional.
Malah, kebanyakan perniagaan juga dijamin akan menerima manfaat daripada digitalisasi ekonomi dan perusahaan kecil berpeluang untuk mewujudkan kerangka perakaunan yang lebih mudah dan berkesan.
Mungkin negara-negara lain lebih selesa menfokuskan kepada teknologi kripto atau memanfaatkan teknologi blockchain dalam menerapkan penggunaan matawang digital ke dalam sistem ekonomi mereka, tetapi China percaya mereka lebih ‘pakar’ memperkenalkan cara terbaik berbanding hanya bergantung kepada kripto.