Uniswap (UNI) & SushiSwap (SUSHI) Tak Pedulikan China, Terus Papar Prestasi Gemilang

281

Pertukaran atau bursa desentralisasi (DEX) seperti Uniswap (UNI) dan SushiSwap (SUSHI) bernasib baik kerana tidak terkesan dengan amaran keras China berkaitan urusniaga matawang kripto yang diisytiharkan haram.

Wujudnya ciri transaksi peer-to-peer (P2P) tanpa melibatkan pihak ketiga seperti bank, memungkinkan lonjakan UNI sebanyak hampir 32% dan SUSHI sebanyak 21.20% dalam 24 jam dan mendorong Bitcoin (BTC) ke paras tertinggi dengan margin yang luar biasa.

Pada masa yang sama, situasi berlaku sebaliknya kerana pertukaran berpusat (CEX) menyaksikan dagangan negatif kripto.

Menurut ketua kajian Synergia Capital, Denis Vinokourov, sekatan kripto yang diperkenalkan China tidak mustahil akan membawa keuntungan kepada stablecoin Maker, DAI berbanding Tether (USDT).

Faktor utama yang mendorong kepada peralihan ini dapat dilihat pada sokongan penyelesaian lapisan-1 dan lapisan-2 kewangan desentralisasi (DeFi) dan non-fungible tokens (NFT).

Bagi yang terlepas, People’s Bank of China (PBOC) telah mengumumkan segala aktiviti berkaitan dengan aset digital, termasuk perdagangan matawang kripto adalah haram.

Tidak cukup dengan itu, PBOC juga mendedahkan Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), dan USDT dilancarkan oleh entiti yang tidak berpusat atau lebih tepat, bank pusat.

Kenyataan tersebut telah mengheret penyusutan harga BTC, ETH, dan USDT, malah menyebabkan Huobi dan Binance menarik diri daripada terus menawarkan perkhidmatan kepada pengguna China.

Bagaimanapun, ketika penulisan BTC mencatatkan peningkatan sebanyak 4.5% dengan nilai semasa $43,851, ETH pula bernilai $3,099 (+10.36%) dalam 24 jam. Manakala UNI dan SUSHI masih mengekalkan rekod yang sama.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat