Jika Kiwi Terus Menyusut, NZD/USD Akan Kembali Uji Paras Terendah Minggu Lalu

638

Matawang dolar New Zealand masih didagangkan berisiko dalam sentimen pasaran risk-off dengan ekonomi New Zealand yang turut terkesan oleh penularan wabak COVID-19 di mana dilaporkan pertambahan 36 kes jangkitan terbaru menjadikan 102 jumlah kes.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengarahkan rakyatnya untuk laksanakan kawal pergerakan dengan tempoh minimum 4 minggu. Beliau juga menyatakan sebarang perniagaan kecuali yang penting sahaja, diarahkan untuk ditutup.

Sebagai langkah pelonggaran kuantitatif, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah mengumumkan program pembelian bon kerajaan berskala besar yang bernilai NZ$30 bilion bagi menyokong ekonomi New Zealand yang terkesan.

Susulan pengumuman tersebut, dolar New Zealand tidak memberikan sebarang reaksi yang ketara dalam pasaran dengan pergerakan pada carta harga kekal perlahan.

Dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang NZD/USD, harga memulakn penurunan ke paras lebih rendah sejurus sesi Asia bermula berbanding penutupan dagangan minggu lalu.

Menguji paras sekitar 0.55900, harga membuat kenaikan semula sekitar 100 pips namun masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta NZD/USD yang menunjukkan isyarat trend masih bearish.

Menyambung dagangan pada sesi Eropah harga mula pamerkan penurunan semula namun pergerakan harga kekal perlahan.

Penurunan yang diteruskan dilihat akan menuju zon support 0.54700 yang merupakan paras terendah yang dicecah minggu lalu. Paras tersebut juga merekodkan paras terendah terbaru sejak dagangan Januari 2009.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula melepasi halangan dinamik MA50, harga berkemungkinan menguji resistance terhampir yang diuji pada dagangan penghujung minggu lalu sekitar 0.58700.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan menuju pula paras penting 0.60000 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance).

Lihat gambar carta pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat