Selepas RBA, Kini Giliran New Zealand Pula Laksanakan Pelonggaran Kuantitatif!

316

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) hari ini telah melancarkan program pelonggaran kuantitatif (QE) dengan mula membeli bon kerajaan bernilai NZ$30 bilion untuk merangsang ekonomi yang terkesan akibat wabak pandemik coronavirus.

Bank itu berkata program Pembelian Aset Skala Besar tersebut akan bermula minggu ini dan akan berlangsung selama 12 bulan akan datang dalam pelbagai tempoh matang.

Ekonomi New Zealand mula terjejas apabila sekatan kemasukan pelancong dan domestik bagi membendung penularan COVID-19 telah memberi kesan kepada sektor pelancongan, perdagangan dan perniagaan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) RBNZ bersetuju untuk meluluskan rangsangan monetari yang lebih diperlukan untuk memenuhi sasaran inflasi dan pekerjaan.

Menurut RBNZ, program QE akan membantu menyokong ekonomi dan meredakan pasaran dan mereka percaya pakej ini akan mempunyai kesan serta-merta dan ketara terhadap pasaran bon tempatan.

Minggu lalu, RBNZ telah mengurangkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada paras terendah terbaru sebanyak 0.25% dalam satu mesyuarat kecemasan, dan berjanji untuk mengekalkan kadar pada tahap itu sekurang-kurangnya untuk 12 bulan.

Selain itu, New Zealand juga telah melancarkan pakej rangsangan fiskal bernilai NZ$ 12.1 bilion untuk menyokong perniagaan dan rakyat yang terkesan dengan wabak coronavirus. Dalam pada itu, lebih banyak rangsangan dijangka akan diumumkan pada hari-hari akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat