JPMorgan & Goldman Sach Menaikkan Jangkaan Monetari Amerika Syarikat

44

Goldman Sach pada Rabu menaikkan jangkaannya terhadap kenaikan kadar faedah The Fed kepada separuh pertama 2017, manakala JPMorgan menjangka kenaikan kadar pertama tahun ini pada mesyuarat Mei barikutan laporan data yang yang kukuh sejak Januari.

Menurut Goldman Sach  dan JPMorgan jangkaan mereka adalah berdasarkan data yang begitu kukuh dan mengejutkan dalam ekonomi US, khususnya data ‘jualan runcit’ dan ‘harga pengguna’ bulan lalu. Tidak lupa juga dengan retorik positif dari pengerusi The Fed Janet Yellen.

Walaubagaimanapun, pihak JPMorgan hanya menjangka dua kenaikan kadar tahun ini oleh The Fed seperti yang dinyatakan oleh Michael Feroli dalam kajiannya.

Goldman Sach pula menaikkan potensi kenaikan kadar kepada 30% pada Mac dari 20% sebelum ini. Selain itu peluang sekurang-kurangnya satu kenaikan pada Jun kepada 90% dari 85% sebelum ini.

Sejak dua hari ini, pasaran agak sibuk dengan  testimoni oleh Janet Yellen kepada Kongres US. Memetik kenyataan beliau yang agak ‘hawkish’ bahawa The Fed perlu menaikkan kadar dalam mesyuarat akan datang berikutan pasaran pekerjaan  yang semakin baik dengan kadar inflasi menghampiri 2%.

Selain itu, Yellen menegaskan bahawa menunggu terlalu lama untuk menaikkan kadar memberi kesan lain kepada ekonomi di masa hadapan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat