Jual Beli Tanah Dipersetujui Dengan Bayaran Menggunakan Bitcoin Di Sabah

1,642

Ramai yang masih ragu-ragu untuk menerima matawang kripto dalam transaksi jual beli, tetapi seorang ahli perniagaan telah membeli sebidang tanah di Sabah menggunakan Bitcoin yang menunjukkan keyakinan mereka terhadap nilai matawang crypto.

Perjanjian jual beli tanah itu berjumlah RM38,000 antara ahli perniagaan Alexander Yee dan rakannya Polycarp Chin. Dalam perjanjian tersebut, Yee bersetuju untuk menjual 1.219 hektar tanah di Pulau Libaran kepada Chin dengan nilai 0.5 Bitcoin di mana transaksi P2P itu dipersetujui dengan deposit 10% iaitu 0.05 Bitcoin.

Bitcoin bernilai sebanyak RM77,665 pada masa perjanjian dimeterai.

“Ia adalah cara baru untuk menghantar wang,” katanya perjanjian itu dibuat dengan menggunakan pembayaran online Luno Chin terus ke dompet digital Yee.

Perjanjian jual-beli yang disaksikan oleh pihak ketiga akan dihantar kepada peguam untuk diuruskan sebelum permohonan pertukaran nama pemilik dibuat di Pejabat Tanah Sandakan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat