Jualan Borong Kanada Naik 0.9% Pada Mei Melebihi Jangkaan

42

Data jualan borong Kanada merekod kenaikan sehingga 0.9% pada Mei melebihi jangkaan kenaikan 0.5% dan juga kenaikan 0.8% yang direkod pada bulan sebelum itu sekaligus menyokong pengukuhan Dolar Kanada pukul 8.30 malam tadi.

Dari segi tahunan, jualan borong meningkat sehingga 10.1% dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei 2017.

Jualan merekod kenaikan dalam enam daripada tujuh sektor yang mewakili 80% jualan di mana hanya barangan mesin dan peralatan sahaja merekodkan kejatuhan jualan.

Jualan kenderaan bermotor dan alat ganti meningkat sebanyak 1.4% pada Mei berbanding kejatuhan tiga bulan berturut-turut sebelum itu. Secara tahunan, jualan daripada komponen ini mencatat kenaikan 10.8%.

Inventori juga meningkat 0.6%, dengan nisbah antara inventori dan jualan berkurangan daripada 1.29 kepada 1.28 yang mana adalah positif.

Bacaan keseluruhan yang melebihi jangkaan pasaran mengesahkan keadaan yang meyakinkan dalam data jualan borong dengan pengukuhan yang signifikan dari segi jualan kenderaan bermotor.

Keyakinan keseluruhan dalam pertumbuhan ekonomi kekal kukuh dalam jangka pendek, walaupun sektor perumahan masih terdapat risiko yang akan terus diteliti oleh Bank of Canada (BoC).

Reaksi pasaran juga agak signifikan dengan USDCAD melemah berikutan pengukuhan Dolar Kanada. Selepas sahaja data dikeluarkan USDCAD jatuh sehingga 38 pip setakat ini pada pukul 10.15 pm.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat