Jualan Runcit Australia Pada Bualan November Melonjak Naik

269

Peningkatan jualan Iphone Apple dan promosi Black Friday menjadi faktor utama dalam mendorong peningkatan jualan runcit Australia kepada paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun pada bulan November.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Australia (ABS), jualan runcit pada bulan November naik 1.2% daripada bulan Oktober. 3x Ganda naik daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan kenaikan hanya pada 0.4%.

Pelancaran Iphone X dan promosi yang kerap dilakukan pada bulan November termasuk jualan Black Friday mendorong peningkatan jualan.

Jumlah jualan naik 2.9% iaitu sebanyak $20.75 billion. Jualan isi rumah pula naik 4.5% dan 2.2% bagi jualan runcit lain.

Namun, perbelanjaan pengguna masih lagi berada dalam tekanan berikutan hutang isirumah yang tinggi dan kenaikan gaji yang perlahan.

Matawang Austrilia mengukuh berbanding US dolar sejurus selepas keluarnya laporan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat